July 25, 2005
HUNUS SANA HUNUS SINI

Semua mahu naik

untuk julang senjata

pekik hidup bangsa kita

sambil tahi bertaburan


Rasdin
25 Julai '05

Posted at 15:06 by rasdin
Comment (1)  

January 10, 2005
UNTUK SU ( YANG TIDAK BERBALAS )


Mesej kutitip pada Su;

zuriatku pupus,
temanku hilang,
hasil kederatku berderai,
tulangku pilu,
tolonglah jawab:
"Mengapa?"

Mesej balas Su lambat,
kutitipkan lagi;

bukan salah bermukim di pelabuhan laut
bukan haram menjerat hidupan
untuk segenggam beras kau hukum
sekole air pun tidak menitik.

Mesej belum diterima.
Sibuk barangkali.
Lagi, kutitip;

aku melukut, ramai datang simpati
mata memandang sayu, mulut menanam janji
tapi bila?
aku perlu bersembunyi
dari kesejukan.

Sunyi.
Su diluar kawasan.
Mungkin di kampung halaman.

Aku keliling pusing.
Ramai sepertiku, memberi mesej kepada Su.
Tapi sepi jawapan.

Su, balaslah...


Rasdin
10 Januari 2005
Su, singkatan kepada Tsu.


 


Posted at 19:57 by rasdin
Comment (1)  

January 3, 2005
SALAM PERKENALAN



Tok! Tok! Tok! pintu kuketuk
'Siapa?'
Tok! Tok! Tok! kuketuk
'Jawab!'
Tok! Tok! Tok! lagi

Kau datang membuka dan aku memandang terluka
Kau diam menggeletar dan aku diam bergetar
Kau tutup pandangan dan aku tutup sinaran
Kau berlari ke dalam dan aku melangkah mendalam.

'Arrgghh!'
Itukah caranya salam kau
menjawab salam ku?

'Ampun! Ampun!'
Aku tak mahu itu sebagai hidangan
berikan yang manis untuk tetamu

'Mak!'
'Ayah!'
'Anak!'
'Suami!'
'Isteri!'
Sebagai tuan, tidak molek kau memekik
sedang tetamu bertandang

'Pergi!'
Ooh! Aku tidak diundang?
Baru sekali bertandang, aku dihalau?
Menghulur salam untuk berkenalan,
bukankah itu ada tertulis;
"saling berkenal-kenalan?"

'Tapi bukan kau!'
Ooh!Maaflah.

Mungkin...
bukan berkenalan
tapi...
peringatan?

'Cukup!Cukuplah!
bala mana lagi harus ditimpa?
musibah lagikah harus dijangka?'

Usah tanya, lihat saja perilaku kau
maka tahulah apa yang tiba.

Rasdin
03 Januari di tahun baru
Salam Perkenalan - aku takut.


Posted at 16:31 by rasdin
Ulasan?  

December 31, 2004
KEHEBATAN

Nun, jauh didalam
syurga si ikan
neraka bertiup
berbentuk getaran.

Maka,gelombang menari
berlari kencang tanpa bayu
mencari darat,
mencari penonton
dan perilaku
yg jelik dan pelik
bagi menghamburkan
segala kehebatan.

"Lihatlah kehebatanku!"

Maka, terlopong,ternganga
yang tonton dan waris menonton.

"Jaga-jaga,aku akan kembali!"

Maka,berlilaulah mata cerdik pandai
berputar akal
terkejang keringat
mencari
kebenaran kata-katanya.

"Itu salam perkenalanku,
peribadiku sudah kamu tahu
cuma belum sempat bertemu"


Rasdin
31 Disember 2004
KEHEBATAN - aku sendiri tersedar.


Posted at 15:20 by rasdin
Comment (1)  

October 5, 2004
SEKIAN LAMA

Sepi, kian lama tak disiram laman ini. Dengan kemampuan komputer yang amat terhad, ditambah lagi keuzuran yang muncul bagai kilat, laman ini bagaikan tasik kontang. InsyaAllah, Ramadhan makin memanggil, aku hiaskan kembali laman.

Posted at 16:11 by rasdin
Comments (3)  

Next Page


<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed